Perdana Menteri China, Wen Jiabao bersama-sama rakan sejawatnya dari Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak mengunjungi pavilion Johor yang diadakan sempena Ekspo China-ASEAN Ke-8 di Pusat Konvensyen dan Persidangan Antarabangsa Nanning hari ini.
Pavilion itu bagi mempromosi Johor sebagai "bandar mempesona", khususnya destinasi pelancongan dan pemandangan alam semula jadi yang istimewa. Kerja persiapan pameran tersebut dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh Malaysia yang juga negara kehormat ekspo kali ini.