Cari:
Wen Jiabao Menemui Pemimpin ASEAN
2011-10-21 14:17:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Timbalan Perdana Menteri Laos, Somsavat Lengsavad, Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc, Timbalan Perdana Menteri Thailand, Kittirat Naranong serta Naib Presiden Myanmar, U Tin Aung Myint Oo. Pertemuan ini diadakan semasa Ekspo China-ASEAN ke-8 dan Upacara Perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN ke-8 di Nanning semalam.

Wen Jiabao berharap kerajaan negara-negara berkaitan mempercepat proses penyiasatan ke atas kes anak kapal China terbunuh dalam serangan di Sungai Mekong.

Wen Jiabao bertemu dengan Naib Presiden Myanmar, U Tin Aung Myint Oo

Dalam pertemuan dengan Naib Presiden Myanmar, U Tin Aung Myint Oo, Wen Jiabao menyatakan, pelaksanaan projek kerjasama kedua-dua negara selaras dengan kepentingan bersama. Kedua-dua pihak harus meningkatkan penyelarasan bagi memastikan kerjasama perdagangan China dan Myanmar lancar. U Tin Aung Myint Oo menyatakan bahawa negaranya amat mementingkan hubungan rakan kerjasama strategik dengan China dan akan berusaha mencari penyelesaian masalah-masalah yang dihadapi demi kepentingan bersama.

Wen Jiabao bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc

Ketika menyebut tentang Sidang Kemuncak Asia Timur yang bakal diadakan, Wen Jiabao berkata, sidang kali ini perlu mengutamakan pembangunan, kerjasama dan permuafakatan bestari serta meningkatkan kerjasama 10+1, 10+3 dan Asia Timur ke tahap yang lebih tinggi. China bersedia bersama-sama dengan negara berkaitan untuk menyelesaikan pertikaian di perairan Laut China Selatan dan berusaha memelihara kedamaian dan kestabilan serantau pada masa depan.

Wen Jiabao bertemu dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen

Pemimpin kelima-lima negara anggota ASEAN menyatakan bahawa mereka bersedia mengukuhkan mekanisme 10+1 dan 10+3 dan mempererat pertukaran dan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan pendidikan. ASEAN menyampaikan rasa terima kasih kepada China kerana sentiasa menyokong kerjasama Asia Timur yang diterajui ASEAN. Mereka juga bersedia bekerjasama dengan China untuk menjayakan sidang kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China