Menurutnya, tahun ini merupakan Tahun Interaksi Persahabatan China-ASEAN dan juga ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN. Wen berkata, tema sidang kemuncak iaitu "memperluas kerjasama serantau untuk mewujudkan kemakmuran bersama" amat bermakna. Beliau yakin bahawa jika China dan ASEAN mengekalkan hubungan berdasarkan sikap sama rata yang saling mempercayai dan menghormati, hubungan kerjasama kedua-dua pihak dapat diperluas dan kemakmuran bersama China dan ASEAN dapat diwujudkan.
Wen Jiabao menegaskan bahawa, mengukuhkan hubungan rakan strategik China-ASEAN serta mendorong kerjasama yang saling menguntungkan merupakan dasar luar kerajaan China. China akan terus menjadi jiran dan rakan yang baik bagi negara-negara ASEAN. China bersedia untuk bekerjasama dengan ASEAN bagi meningkatkan hubungan dua hala dan mencipta masa depan yang baik bagi kedua-dua pihak berdasarkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.
Dalam Majlis Perasmian Ekspo China ASEAN ke-8, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak berucap sebagai negara kehormat sidang kali ini.
Beliau berkata, China dan ASEAN perlu fokus kepada cabaran ekonomi yang sedang dihadapi oleh Amerika dan Eropah serta menilai kesannya kepada ekonomi Asia. Walaupun perdagangan dengan negara-negara Barat akan merosot, namun ASEAN dan China perlu meningkatkan perdagangan dua hala.
Menurut Najib, jumlah perdagangan China-ASEAN bertambah pesat dalam tempoh 20 tahun yang lalu, namun perdagangan dua hala masih berpotensi untuk ditingkatkan lagi. Beliau berharap China dan ASEAN akan mengekalkan trend kerjasama dan mendorong kerjasama yang saling menguntung.
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, dan pemimpin-peminpin dari Laos, Vietnam, Thailand dan Myanmar turut menghadiri kedua-dua majlis perasmian tersebut.