Cari:
Dato' Seri Najib Kunjungi Pavilion Malaysia
2011-10-21 11:06:46 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak merasmikan Pavilion Malaysia sempena Ekspo China-ASEAN ke-8 di Nanning pagi tadi. Beliau turut menyaksikan upacara pertukran empat dokumen perjanjian antara sektor swasta kedua-dua negara. Ini termasuk Malaysia Airports dan Nagamas Internasional dengan syarikat di China. Dua lagi perjanjian mengenai projek alam sekitar.

Dato' Seri Najib yang diiringi Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Sri Mustapa Mohamad turut meninjau pameran oleh para usahawan Malaysia. Hadir sama Tan Seri Ong Ka Ting selaku Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China.

Malaysia mensasarkan sebanyak RM100 juta nilai pelaburan dalam Ekspo kali ini, mengatasi nilai tahun lalu sebanyak RM67.5 juta. Malaysia merupakan negara terhormat kali ini.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China