Cari:
Temu Ramah Eksklusif dengan PM Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak
2011-10-22 16:01:27 CRI Cetak









Dato' Seri Najib menerima wawancara pemberita Bahagian Bahasa Melayu CRI 
semasa Ekspo China-ASEAN ke-8 di Nanning 

Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak yakin hubungan Malaysia dengan China akan dilonjakkan lagi dalam bidang baharu. Menurutnya, hubungan bilateral sedia ada antara kedua-dua negara sudah melalui evolusi yang menakjubkan sejak hubungan diplomatik terjalin 37 tahun lalu.

Bercakap dalam wawancara eksklusif bersama dengan wartawan CRI di Nanning, Dato' Seri Najib berharap kerjasama Malaysia-China akan ditingkatkan dalam semua sektor.

Malaysia juga menyifatkan penyertaan dalam Ekspo China ASEAN ke-8 akan meletakkan jenama barangan buatan Malaysia dalam peta perdagangan China. Beliau berkata, kawasan perindustrian di Qinzhou yang dibangunkan bersama dengan kerajaan china akan memberi nilai tambah dalam peranan sektor swasta dalam pembangunan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China