Cari:
Liow Tiong Lai: Kerjasama Perubatan Tradisional China-Malaysia Ditingkatkan
2011-11-07 16:12:44 CRI Cetak


Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman dengan kerajaan China mengenai kerjasama dalam bidang perubatan tradisonal Cina. Menurut MOU tersebut, kedua-dua negara akan meningkatkan kerjasama melalui tiga aspek, iaitu perubatan, latihan dan pengajian.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Beijing hari ini.

Beliau berkata, hari ini merupakan hari yang amat bermakna dan bersejarah, kerana kerjasama China dengan Malaysia dalam bidang perubatan tradisional Cina dikukuhkan melalui MOU yang baharu ditandatangani. Kedua-dua pihak akan bersama-sama menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menjalankan perjanjian persefahaman tersebut.

Selain itu, sebuah pusat pengajian perubatan tradisional Cina akan dibina di Malaysia berdasarkan MOU berkenaan. Kementerian Kesihatan China menyediakan tenaga insan dan teknologi untuk menjadikan pusat tersebut pusat perubatan Cina yang paling berwibawa di rantau Asia Tenggara. Projek kerjasama tersebut mengambil belanja lebih 2.3 bilion Ringgit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China