Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra membatalkan jadualnya untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC Ke-19 yang akan diadakan di Hawaii, AS pada 10 hingga 14 November ini. Keputusan ini kerana situasi bencana banjir di negara Thailand masih meruncing. Beliau akan diwakili timbalannya.