Cari:
Minggu Budaya Perikanan China-ASEAN
2011-11-09 14:08:18 CRI Cetak
Minggu Budaya Perikanan China-ASEAN dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi semalam. Pegawai dan pakar sektor perikanan serta perwakilan dari Pejabat Konsulat Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos hadir pada majlis perasmian tersebut.

Minggu budaya ini bertemakan "kerjasama, pertanian kreatif dan rangkaian budaya dan industri perikanan'' .

Minggu itu bertujuan mendorong kerjasama dan pertukaran China-ASEAN dalam bidang industri perikanan moden dan mempercepatkan pembangunan industri perikanan Guangxi.

Pelbagai jenis aktiviti termasuk pertandingan memancing ikan dan forum pembangunan industri nelayan dan lautan diadakan sepanjang tempoh Minggu Budaya berlangsung.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China