Cari:
Kawalan Keselamatan Ketat di Bali Menjelang EAS
2011-11-15 13:23:02 CRI Cetak

Indonesia yang menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) di Bali kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menjamin keselamatan sepanjang sidang itu berlangsung.

Kira-kira 20 ketua negara dan pemimpin kerajaan dijangka hadir dalam Sidang kemuncak yang akan berlangsung dari 17 hingga 19 November ini. Persidangan kali ini akan menyaksikan kehadiran Presiden AS, Barack Obama buat kali pertama.

Polis Indonesia meningkatkan tahap keselamatan ke peringkat tahap tertinggi.

Sebelum ini, pihak berkuasa Indonesia berkata akan menempatkan lebih 2,300 anggota polis dan tentera untuk menjaga keselamatan semasa sidang berlangsung. Keselamatan diperairan berdekatan dengan tempat persidangan juga dikawal rapi.Pada 8 November lalu, 5 kapal perang dikerah ke Bali untuk menjalankan misi kawalan keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China