Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 yang bakal dirasmikan di Bali pada 17 November, akan mengeluarkan Deklarasi Bali bagi menetapkan status dan peranan ASEAN dalam "Komuniti Global" mulai 2012 hingga 2020.
Deklarasi tersebut juga akan menggariskan pelan bagi memperluaskan lingkungan kerjasama dengan PBB.
Pengarah Bahagian Kerjasama ASEAN, Kementerian Luar Indonesia, Djauhari Oratmangun berkata, deklarasi berkenaan diharap membantu memperkukuh kerjasama antara ASEAN dan PBB dalam bidang keselamatan, politik, ekonomi dan sosiobudaya.