China telah membuat penghantaran bantuan kecemasan banjir ke Thailand sebanyak lapan kali sejak 18 Oktober lalu dengan nilai melebihi RMB56 juta.
Bantuan kecemasan berupa bot termasuk bot gentian, jaket keselamatan, enjin bot dan khemah, alat pembersihan air, pam kumbahan bawah air dihantar menerusi Shanghai untuk membantu kerja-kerja menyelamat di negara yang dilanda banjir tersebut.