Cari:
ASEAN Seru Penambahbaikan COC
2011-11-17 12:32:04 CRI Cetak

Sebarang usul berhubung isu Laut China Selatan harus selaras dengan prinsip Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan dengan Laut China Selatan (DOC) serta Panduan Tindakan Susulan bagi pelaksanaannya yang ditandatangani antara ASEAN dengan China.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Indonesia, Marty Netalegawa ketika mengulas mengenai usul Filipina untuk membina satu "kawasan yang aman, bebas dan mengutamakan semangat persahabatan dan kerjasama" di Laut China Selatan.

Menurutnya, Menteri-Menteri Luar ASEAN sudah mula membincangkan pendekatan untuk menggalakkan rundingan berkenaan bagi menggariskan satu Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) yang mempunyai bidang kuasa yang mengikat di sisi undang-undang.

Tegasnya, ASEAN tidak mahu Asia Tenggara menjadi medan pertarungan bagi kuasa-kuasa besar. Langkah tersebut dapat memastikan isu berkenaan diselesaikan dalam rangka undang-undang.

Beliau juga berharap China dapat segera menyertai rundingan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China