Cari:
Sidang Kemuncak ASEAN Wadah Garap Kerjasama
2011-11-17 12:12:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN diharap dapat menjadi wadah bagi mempererat kerjasama antara negara terlibat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. Sidang itu juga diharap dapat membantu meningkatkan hak bersuara ASEAN di forum antarabangsa.

Demikian harapan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono semasa berucap merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 di Bali.

Sidang kemuncak kali ini akan meneliti semula pencapaian proses integrasi ASEAN serta pelaksanaan Piagam ASEAN, termasuk pembinaan Komuniti ASEAN serta kesalinghubungan dalam pertubuhan itu. Para peserta juga akan berbincang secara terbuka mengenai status dan peranan ASEAN dalam urusan sejagat.

Persidangan ini juga akan menyaksikan pengumuman Deklarasi Bali bagi menggarap kerjasama antara anggota ASEAN dengan negara rakan terbabit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China