Cari:
Wen Jiabao Berlepas ke Bali
2011-11-17 11:11:40 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao berlepas dari Beijing pagi tadi ke Pulau Bali, Indonesia untuk menghadiri Sidang Pemimpin ASEAN-China ke-14 (10+1), Perayaan Ulang Tahun ke-20 Dialog China-ASEAN, Sidang Pemimpin ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea (10+3), dan Sidang Pemimpin Asia Timur ke-6.

Ini merupakan kali kelapan Wen Jiabao menghadiri siri sidang pemimpin Asia Timur. Beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dan multilateral dengan para pemimpin yang hadir.

Tahun ini merupakan tahun ke-20 terjalinnya hubungan dialog antara China dengan ASEAN. Wen Jiabao dijangka mengutarakan beberapa cadangan untuk memantapkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang kepentingan bersama. Ini termasuk ekonomi dan perdagangan. Satu Kenyataan Bersama akan dikeluarkan di akhir persidangan itu yang merumuskan keazaman dan hasrat perkongsian strategik China-ASEAN.

Dalam Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), Wen Jiabao akan bertukar-tukar pandangan dengan pelbagai pihak tentang masa depan pembangunan di kawasan itu, situasi serantau dan antarabangsa. EAS kali ini akan menyaksikan kehadiran Rusia dan A.S. secara rasmi. China mengalu-alukan kedua-dua negara memainkan peranan membina bagi meningkatkan kerjasama negara Asia Timur.   

Menurut Kementerian Luar China, kehadirian Wen Jiabao amat signifikan bagi merapatkan hubungan antara China dengan ASEAN, dan China dengan Brunei Darussalam dan kerjasama Asia Timur.

Wen Jiabao akan meneruskan lawatan rasmi ke Brunei Darussalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China