Cari:
Wen Jiabao Bertemu SBY
2011-11-18 11:36:02 CRI Cetak

Sempena perasmian siri sidang pemimpin Asia Timur di Bali, Indonesia, Perdana Menteri China, Wen Jiabao berkata, sidang yang bertemakan bersatu dalam kerjasama dan pembangunan telah memberi penekanan terhadap kepimpinan Asean +3, China, Jepun dan Korea Selatan.

Ia berperanan untuk menggerakkan semua mekanisme bagi mencapai momentum kerjasama yang positif disamping menghapuskan semua halangan lebih-lebih lagi dalam situasi yang mencengkam dunia sekarang.

Ketika bertemu dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Wen Jiabao berharap negara anggota baharu yang menyertai Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) akan menyuntik kerjasama yang dinamik di rantau Asia Timur. Para pemimpin persidangan itu perlu memainkan peranan positif untuk merangsang pertumbuhan sosio-ekonomi serantau dan mengekalkan trend kerjasama secara damai.

Susilo berkata, berikutan kesukaran ekonomi global ,negara Asia Timur sepatutnya berusaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi serantau, dan menjadi enjin pertumbuhan ekonomi sejagat. Negara anggota sidang tersebut harus mematuhi prinsip EAS untuk memelihara kedamaian dan kerjasama untuk menjamin sidang tersebut menuju ke landasan yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China