Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mencapai kata sepakat bahawa isu sensitif dan kontroversi harus dielakkan dalam siri sidang pemimpin Asia Timur kali ini. Demikian dinyatakan oleh Penolong Menteri Luar China, Liu Zhenmin di Bali.
Menurutnya, rundingan antara Wen Jiabao dengan Presiden Indonesia selaku negara pengerusi bergilir ASEAN, merupakan aturcara pertama. Paling penting semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk bersama-sama menggalakkan hubungan dua hala dan kerjasama Asia Timur. Perdana Menteri China berharap sidang pemimpin kali ini akan menumpukan perhatian kepada kerjasama serantau dan mengelakkan topik yang sensitif. Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono juga melahirkan pandangan serupa.