Cari:
Kepesatan Serantau, Halatuju Masa Depan China-ASEAN
2011-11-18 15:19:11 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika menghadiri sidang pemimpin China-ASEAN ke-14 di Bali, mahu kerjasama pragmatik antara China dengan ASEAN diperkukuhkan.

Menurutnya, kerjasama antara kedua-dua pihak dalam tempoh 20 tahun telah memberi faedah yang penting kepada rakyat di rantau ini bahkan merangsang pembangunan di Asia dan seluruh dunia. Pada masa ini, pembangunan sosioekonomi menjadi halatuju utama bagi kedua-dua pihak. China bersedia menjadi jiran dan rakan yang baik bagi ASEAN.

Wen Jiabao juga mengesyorkan kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama pragmatik dalam bidang perdagangan, pelaburan, infrastruktur, kewangan, maritim, sains dan teknologi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China