Cari:
Pusat China-ASEAN Ditubuhkan Di Bali
2011-11-18 14:47:07 CRI Cetak

Majlis penubuhan Pusat China-ASEAN diadakan di pulau Bali, Indonesia. Pusat itu akan mendorong kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan , budaya dan pelancongan.

Ketua Setiausaha Pusat berkenaan, Ma Mingqiang berkata, sebagai pertubuhan antarabangsa peringkat antara kerajaan, ia akan berperanan sebagai pusat sehenti untuk menyalurkan informasi dan aktiviti. Pusat itu akan memperkenalkan produk dari China dan ASEAN, menyediakan maklumat mengenai peluang pelaburan, sumber pelancongan, budaya dan pendidikan dan menyokong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana. .Ibu pejabat Pusat China-ASEAN terletak di Beijing dan cawangannya akan ditubuhkan secara berperingkat di ASEAN dan pelbagai provinsi dan bandar lain di China.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China