Cari:
China-Thailand Garap Kerjasama Bilateral
2011-11-19 15:29:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan Thailand perlu meneruskan perancangan komprehensif dalam kerjasama strategik bagi memajukan kerjasama bilateral dalam bidang perdagangan, pelaburan, infrastruktur, kewangan dan urusan marin. Usaha tersebut bagi menyumbang ke arah kesalinghubungan serantau.

Demikian harapan Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Yingluck Shinawatra di Bali, Indonesia semalam.

Katanya, China amat menghargai persahabatan yang sudah lama terjalin dengan Thailand, dan memandang serius peranan negara tersebut di rantau ini. China sedia mempergiat kerjasama dengan Thailand dalam bidang pelaksanaan undang-undang untuk bersama-sama memelihara keselamatan pelayaran di Sungai Mekong. China juga berjanji akan terus memberi bantuan bagi pembangunan semula di negara itu, yang dilanda banjir terburuk baru-baru ini.

Yingluck pula berkata, sokongan dan bantuan daripada China menjana keyakinan rakyat Thailand untuk mengatasi bencana banjir. Tegasnya, Thailand sedia mempererat kerjasama bilateral dengan China dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China