China dan ASEAN berjanji akan melaksanakan sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan dengan Laut China Selatan (DOC) dan berusaha untuk memastikan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) dapat dimuktamadkan secepat mungkin berdasarkan prinsip perundingan.
Komitmen itu dikeluarkan dalam satu Kenyataan selepas Sidang Pemimpin China-ASEAN ke-14 di Bali pada Jumaat lalu, sempena ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan dialog antara kedua-dua pihak.
Kenyataan itu juga menyebut, China akan terus mempererat kerjasama dengan ASEAN ke arah merealisasikan wawasan Komuniti ASEAN menjelang 2015.