Syarikat pengeluar televisyen Changhong yang ditubuhkan pada akhir tahun 1950-an dan digelar sebagai "Raja TV Warna China", dan berkembang menjadi pengeluar TV warna yang terbesar di negara ini pada awal tahun 1990-an.
Syarikat Chonghong mulai menembusi pasaran seberang laut sejak tahun 1998. Hingga sekarang, televisyen jenama Changhong telah berjaya dipasarkan di lebih 100 buah negara di dunia termasuk negara-negara Eropah, Amerika, Asia Tenggara dan juga Afrika. Dalam konteks ini, Syarikat Changhong memandang pasaran Asia Tenggara sebagai pasaran yang amat strategik untuk mengembangkan jenama ini di seberang laut. Naib Pengurus Besar Syarikat Changhong, Wu Jiang berkata: "Kami telah menubuhkan kilang dan anak syarikat di lapan buah negara asing, termasuk Indonesia, Republik Korea, Australia dan Czech. Ini termasuk kilang dan anak syarikat di Indonesia yang menyasarkan pasaran Asia Tenggara. Changhong mendapat anugerah "10 Jenama China Terbaik" di Indonesia dan dikenali sebagai jenama barangan elektronik China yang terbesar di negara itu. Alat pendingin hawa buatan kami menduduki 10% di pasaran tempatan."
Perkembangan Syarikat Changhong di Indonesia mencapai hasil yang amat menggalakkan pada tahun 2010, dengan jumlah jualan USD 29 juta dan keuntungan bersih yang bernilai USD 1.08 juta. Dengan kejayaan yang begitu memuaskan, Changhong berharap produknya boleh mendapat sambutan yang lebih baik di semua negara ASEAN yang keseluruhan penduduknya 500 juta orang. Wu Jiang berkata: "Changhong mencapai perkembangan yang amat pesat di pasaran Asia Tenggara. Televisyen dan alat pendingin hawa antara dua produk utama kami yang dipasarkan di Indonesia. Selain itu, beberapa produk baharu seperti bateri dan telefon bimbit juga mulai dipasarkan di negara itu pada tahun lepas. Boleh dikatakan bahawa Changhong sudah dikenali sebagai satu jenama yang amat berprestij dan terkemuka di Indonesia."
Pengurusan Syarikat Changhong di Indonesia menjadi lebih lancar dan mudah dengan penubuhan gudang bebas tarifnya di Jakarta pada bulan September lepas. Dengan ini, proses pemeriksaan kastam produk buatan Syarikat Changhong melalui kastam akan menjadi lebih mudah dan cepat. Perkara ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos pengurusan, tetapi juga berfedah bagi meningkatkan daya saing produk ini.
Menurut pegawai syarikat Changhong, usaha penjualan dan promosi perlu dilakukan berdasarkan keadaan pasaran tempatan, kerana inilah faktor penting bagi memastikan perkembangan sesebuah jenama syarikat di pasaran seberang laut.