Cari:
Laos-China Kembangkan Hubungan Tentera Bilateral
2011-12-06 15:03:49 CRI Cetak

Delegasi Tentera Pembebasan Rakyat China, yang diketuai Timbalan Ketua Turus Am, Leftenan Jeneral, Cai Yingting semalam telah mengadakan lawatan ke Laos atas undangan Kementerian Pertahanan Laos. Cai Yingting telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Laos, Douangchay Phichith dan Timbalan Menteri Pertahanan Laos, Sanyahak Phomvihane. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai isu yang menjadi perhatian bersama.

Douangchay berkata, kerjasama dan pertukaran pelbagai bidang antara kedua-dua negara amat berhasil sejak 50 tahun yang lalu. Negaranya berterima kasih kerana China sentiasa menyokong perkembangan sosioekonomi dan peningkatan pertahanan Laos. Negaranya akan berusaha mempererat hubungan tentera Laos dengan China pada masa depan.

Cai Yingting menyatakan bahawa persahabatan China dan Laos berkekalan dan kedua-dua negara sentiasa saling menghormati dan membantu. Sebelum ini, Presiden Hu Jintao dan Presiden Choummaly Sayasone menyatakan hubungan rakan kerjasama strategik secara menyeluruh antara China dan Laos telah mencapai kemajuan. Kedua-dua negara akan giat menggalakkan kerjasama pragmatik dan menyelaraskan hubungan tentera kedua-dua negara agar dapat ditingkatkan dan membuat sumbangan kepada keamanan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China