Cari:
Xi Jinping Bertemu Perdana Menteri Vietnam
2011-12-23 13:01:44 CRI Cetak

Naib Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung di Vietnam semalam.

Xi Jinping berkata, kerjasama ekonomi dan perdagangan China dan Vietnam meningkat dengan pesat dalam tempoh kebelakangan ini. Jumlah perdagangan dua hala pada tahun lalu melebihi USD30 bilion, meningkat seribu kali ganda berbanding 20 tahun yang lalu. Kedua-dua negara mengekalkan prinsip kerjasama yang sama rata dan saling menguntungkan. Jawatankuasa Panduan Kerjasama Dua Hala China dan Vietnam akan menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara lebih berkesan.

Nguyen Tan Dung pula berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan Naib Presiden, Xi Jinping bagi meningkatkan hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan. Vietnam bersedia berusaha bersama-sama dengan China untuk memelihara dan merapatkan persahabatan kedua-dua negara, meningkatkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China