Cari:
Pesta Kesenian Negara-Negara Aliran Sungai Lancang-Mekong Mendapat Sambutan Hangat 
2011-12-28 14:39:33 CRI Cetak

Pesta Kebudayaan dan Kesenian Negara-Negara Aliran Sungai Lancang-Mekong 2011 selama 5 hari diadakan di Xishuangbanna, provinsi Yunnan sejak 26 hingga 30 Disember. Pesta kesenian itu disertai oleh artis, pegawai kerajaan dan usahawan daripada enam buah negara serantau, termasuk China, Laos, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Para peserta memberikan penghargaan tinggi kepada pesta kesenian tersebut yang mempamerkan kebudayaan dan adat resam pelbagai negara di kawasan aliran Sungai Lancang-Mekong serta membantu meningkatkan persefahaman antara rakyat negara serantau.

Ketua Konsul Vietnam di Kunming, Encik Nguyen Chinh Thang berkata: "Aktiviti interaksi kebudayaan membantu merancakkan interaksi dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan pelancongan. Menurut pendapat orang China, manusia paling diutamakan dalam aktiviti interaksi. Interaksi antara manusia akan mendorong pertukaran barangan, sehingga mewujudkan peluang perniagaan. "

Terdapat lebih 20 kaum menetap di kawasan aliran Sungai Mekong. Kehidupan turun-temurun yang berusia ribuan tahun ini turut menghasilkan kebudayaan tempatan yang amat istimewa dan bergaya. Gabenor Wilayah Phayao, Thailand, Maitri Inthusut berkata: "Pesta kesenian ini membantu rakyat Thailand dan China mengetahui seni budaya antara satu sama lain. Ia juga berfaedah bagi merancakkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelancongan dan pertanian. Aktiviti yang terlibat dalam pesta kesenian kali ini termasuk malam suka ria dan pameran gambar yang benar-benar mempamerkan adat resam enam buah negara di kawasan aliran Sungai Lancang-Mekong. Kebudayaan umpama jambatan yang menghubungkan rakyat pelbagai negara. Maka, saya berharap melalui pesta kesenian ini, enam negara tersebut akan terus mempergiat interaksi dan kerjasama antara satu sama lain dan menjadikan persahabatan tradisi ini kekal abadi."

Naib Gabenor Provinsi Luang Prabang, Laos, Saysamone Khomthavong sudah beberapa kali menyertai pesta kesenian tersebut. Beliau memberitahu wartawan: "Pesta kesenian ini boleh menerajui persahabatan di samping memperluas interaksi kebudayaan dan kesenian antara pelbagai negara. Terdapat unsur-unsur yang serupa dalam kebudayaan di pelbagai negara kawasan aliran Sungai Lancang-Mekong. Laos dan Xishuangbanna telah menjalinkan hubungan kerjasama sejak sekian lama dalam bidang pelaburan, pelancongan dan kebudayaan. Pada pandangan saya, Laos boleh menimba pengalaman yang berjaya dari Xishuangbanna dalam menerokai potensi industri kebudayaan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China