Demikian dinyatakan oleh Pengarah Majlis Pengawalan Zon Perdagangan Bebas Qinzhou, Wang Naixue baru-baru ini.
Selain itu, zon perdagangan bebas Pingxiang, Guangxi merupakan satu-satunya zon perdagangan bebas yang terletak di kawasan sempadan darat dan di wilayah autonomi etnik minoriti di negara ini.
Dengan adanya Zon Perdagangan Bebas Qinzhou, Zon Perdagangan Bebas Pingxiang, Pusat Logistik Nanning dan Kawasan Pemprosesan Pengeksportan Beihai, sistem logistik perdagangan bebas Teluk Beibu telah dibentuk.
Menurut Timbalan Ketua Pejabat Am Teluk Beibu, Chen Ruixian, sebuah pusat logistik komprehensif yang menyambungkan kawasan barat daya China dengan rantau Asia Tenggara akan ditubuhkan di kawasan Teluk Beibu.
Encik Jiang Jijian, Ketua Pengurus sebuah syarikat di zon perdagangan bebas Pingxiang berkata, syarikatnya menjalankan urus niaga import eksport barangan pemesinan, dan harga barangan banyak terpengaruh oleh pasaran. Zon perdagangan bebas dapat membantu syarikatnya mengurangkan risiko tersebut.
Sehingga pertengahan November lalu, zon perdagangan bebas Pingxiang telah mengendalikan import eksport barangan seberat 60 ribu tan. Selain itu, produk pertanian khususnya buah-buahan tidak lagi perlu transit melalui pelabuhan di Guangdong kerana storan sejuk besar-besaran sudah dibina di pusat logistik Nanning.
Naib Ketua Setiausaha Persatuan Zon Perdagangan Bebas China, Jiao Jianqun berkata, zon perdagangan bebas sudah menjadi platform penting bagi China untuk menggalakkan perubahan struktur industri pemprosesan dan memberikan sumbangan untuk meningkatkan tahap pintu terbuka