Cari:
Wen Jiabao Kunjungi Norodom Sihanouk di Beijing
2012-01-21 15:52:30 CRI Cetak

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengunjungi bekas Raja Kemboja, Norodom Sihanouk dan isteri, Norodom Monineath Sihanouk serta Raja Kemboja, Norodom Sihamoni di Beijing semalam.

Beliau juga menyampaikan salam mesra daripada Presiden Hu Jintao dan isteri kepada keluarga Sihanouk dan turut mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina.

Wen Jiabao menyanjung tinggi sumbangan besar Sihanouk sebelum ini kepada persahabatan China dan Kemboja. Beliau yakin atas usaha bersama kedua-dua pihak, hubungan China-Kemboja akan berkembang secara lebih dinamik.

Sihanouk bagi pihak keluarganya menyampaikan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh rakyat China. Beliau berharap China berkembang lebih makmur pada tahun Naga ini. Pada masa yang sama, hubungan kerjasama dan persahabatan kedua-dua negara dapat bertambah maju.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China