Malaysia merupakan sebuah negara tropika yang cantik dan kaya dengan sumber pelancongan, termasuk laut yang biru, warisan budaya yang banyak, adat resam yang pelbagai serta bandar yang moden. Industri pelancongan Malaysia sudah menjadi tunggak utama dan sumber wang asing kedua terbesar bagi negara itu. Oleh itu, slogan "Malaysia, Truly Asia" dikemukakan untuk menarik lebih banyak pelancong dari seluruh dunia.
Pelancong China yang melawat Malaysia pada Tahun Baharu Cina ini merasai suasana perayaan yang meriah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ramai pelancong bersama-sama mengambil gambar di depan patung naga di KLIA. Ramai pelancong China melancong ke Malaysia dalam tempoh percutian Tahun Baharu Cina kerana harga barang yang berpatutan, pemandangan yang indah dan budaya yang pelbagai.
Malaysia terbuka kepada pelancong China sejak 20 tahun yang lalu, dan menjadi pilihan pertama ketika pelancongan China hendak melancong ke luar negara. Hingga sekarang, negara tersebut kekal sebagai destinasi pelancongan utama bagi rakyat China. Pelancong China yang melawat ke Malaysia meningkat dari tahun ke tahun, dan mencecah 1.2 juta orang pada tahun lalu. Kian banyak orang China melawat Malaysia, ini sejajar dengan peningkatan pendapatan mereka. Perbelanjaan pelancong China juga lebih tinggi berbanding dengan pelancong dari negara-negara lain, iaitu kira-kira 2750 Ringgit setiap orang.
Menurut pegawai Jabatan Pelancongan Malaysia, industri pelancongan menduduki tempat kedua dalam ekonomi Malaysia selepas industri perkilangan. Pasaran China yang besar amat penting bagi industri pelancongan Malaysia, jabatannya akan berusaha untuk terus meneroka potensi di pasaran China.
Menurut pegawai tersebut, Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) memperluas kerjasama kedua-dua negara Malaysia-China dalam bidang pelancongan. CAFTA memberikan dasar keutamaan dan peluang baharu kepada industri pelancongan kedua-dua negara dan juga membolehkan pelancong menikmati produk pelancongan yang bermutu tinggi. Pada tahun 2012, jabatan tersebut akan bekerjasama dengan persatuan pelancongan dan syarikat penerbangan supaya menyediakan lebih banyak produk yang baik untuk menarik pelancong China dan menyelesaikan masalah penerbangan pelancongan carter antara China dengan Malaysia.
Pelancong China semakin berminat untuk melawat ke pulau-pulau tropika, oleh itu penerbangan cater tidak dapat memenuhi permintaan pelancong yang semakin meningkat. Kekurangan tenaga pekerja di Malaysia turut menyebabkan kos pelancongan yang tinggi di negara tersebut. Jika masalah-masalah tersebut dapat ditangani dengan baik, Malaysia pasti akan menarik lebih ramai pelancong.