Selaras dengan trend pembangunan ekonomi nasional yang mantap, pembangunan badan usaha milik negara (BUMN) di Indonesia juga memuaskan hati. Setakat hujung tahun lepas, terdapat 142 buah BUMN bersama dengan 500 buah anak syarikat mereka dilaporkan memiliki aset keseluruhan sebanyak Rupiah 2,656.38 trilion, dengan keuntungan yang dipungut pada tahun lalu mencatat Rupiah 100 trilion. 18 BUMN daripada angka tersebut yang tersenarai dalam pasaran saham Indonesia berjaya meningkatkan keuntungan bersih sebanyak 36.44%. Cukai yang disumbang oleh BUMN pada tahun lalu mencecah Rupiah 28 trilion. Antaranya, PT Pertamina, Bank Rakyat Indonesia, PT Indonesia Power dan Perusahaan Telekomunikasi Indonesia mewujudkan pencapaian yang paling menonjol.
Pada masa ini, pembaharuan terhadap BUMN terus dilaksanakan oleh Menteri BUMN yang baru, Dahlan Iskan. Berdasarkan rancangannya, pembaharuan tersebut akan dipertingkat dari empat aspek:
Pertama, meningkatkan keberkesanan pengeluaran. BUMN akan terus memeriksa dan mengaudit aset negara dengan bantuan dari jabatan berkenaan, secepat mungkin melupus aset lapuk dan menjalankan pemeriksaan displin terhadap golongan ketua BUMN. Selain itu, Kementerian BUMN akan membantu menyusun semula urusniaga BUMN yang kecil yang urusniaganya hampir serupa melalui penggabungan dan pengambilalihan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan jumlah BUMN daripada 142 buah kepada 70 buah supaya dapat meningkatkan keberkesanan pengeluaran.
Kedua, mengurangkan perbelanjaan operasi rutin. Menurut Dahlan Iskan, perbelanjaan operasi rutin yang terlalu tinggi akan memberi pengaruh negatif kepada pencapaian keuntungan sendiri. Selain itu, BUMN juga perlu menjimat tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam penggunaan gas asli, beras, simen, baja kimia dan minyak sawit.
Ketiga, mengaktifkan aset tinggal terbiar. Berdasarkan statistik berkenaan, aset tinggal terbiar dalam BUMN Indonesia dianggarkan bernilai Rupiah 1,000 trilion. Kementerian BUMN telah mendesak syarikat berkenaan segera membaiki keadaan tersebut dan menggunakan aset seumpana itu dalam pengeluaran.
Keempat, memperluas pasaran. Menurut kementerian tersebut, BUMN dikehendaki meningkatkan pengeluaran, penggunaan domestik dan pengeksportan di samping memperluas pasaran di dalam dan luar negara untuk mewujudkan pembangunan berterusan.