Cari:
"Cari Emas" di Myanmar
2012-02-02 15:05:33 CRI Cetak

Lawatan Presiden Myanmar, U Thain Sein di Singapura telah berakhir semalam. Kedua-dua negara berjaya menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Rancangan Kerjasama Teknologi Singapura-Myanmar. Melalui dokumen tersebut, Myanmar mendapat sokongan Singapura secara komprehensif dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, undang-undang dan pendidikan. Manakala, Singapura juga dapat memanfaatkan diri daripada pelaksanaan dasar pintu terbuka Myanmar. Begitu juga fikiran sedemikian beberapa banyak negara di Asia. Maka, syarikat penerbangan seperti yang dari India dan Thailand, berturut-turut membuka dan mempromosi laluan penerbangan ke Myanmar. Penganalisis berpendapat, Myanmar berhasrat membangun, manakala negara-negara di Asia bersedia dan mampu menghulurkan bantuan kewangan, pengalaman dan projek berkenaan. Oleh itu, kedua-dua pihak segera menjadi rakan bisnes.

Yang mengiring U Thain Sein ke Singapura termasuk Menteri Luar, Menteri Pembangunan, Menteri Pengangkutan, Menteri Pertanian dan Sumber Air, Menteri Pendidikan, Datuk Bandar Yangon dan usahawan-usahawan yang terkemuka. Menurut MOU tersebut, Singapura akan menyediakan sokongan dalam pembangunan ekonomi, latihan tenaga profesional dan pengurusan awam, serta bantuan teknikal kepada Myanmar bagi menjayakan misinya sebagai Pengerusi Bergilir ASEAN pada tahun 2014.

Sejak memerintah pada Mac tahun lalu, kerajaan baru Myanmar mulai melaksanakan dasar pintu terbuka dalam bidang ekonomi dan menjalankan pembaharuan dalam bidang politik. Langkah-langkah itu mengagumkan dunia, sehingga berjaya menarik sejumlah pegawai kanan Barat melawat Myanmar secara berturut-turut. Sebelum ini, justru merekalah yang menganjurkan sekatan terhadap negara itu. Seperti yang diucap oleh Menteri Industri, U Soe Thane kepada media dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, Myanmar yang berpotensi besar untuk dibangun dalam bidang hidroelektrik, mempunyai kawasan perikanan yang luas dan lokasi geografi yang unggul, memang sesuai dijadikan tapak pelaburan. Ramai usahawan telah menunjukkan minat yang besar, malah ada yang sudah bersiap-siap dan ada juga yang mulai merebut-rebut melabur di negara tersebut. U Thain Sein menjangka, pertumbuhan ekonomi negaranya akan mencapai 6% pada tahun ini. Kerajaan Myanmar telah mengumumkan dasar keutamaan untuk pelabur asing, iaitu bebas cukai sepanjang 8 tahun.

Asia merupakan pilihan paling sesuai bagi kerajaan Myanmar yang memilih-milih rakan kerjasama. Negara itu yang begitu mundur ekonominya amat memerlukan pelaburan asing, khususnya sektor kewangan dan pelancongannya. Bagi pelabur dari negara Asia, mereka berminat pada sumber asli di Myanmar. Bank CIMB Malaysia telah menganalisis bahawa Malaysia patut menjadi rakan kerjasama Myanmar, kerana negara itu kaya akan gas asli, minyak, emas, batu permata dan tenaga kerja yang murah.

Walau bagaimanapun, menurut Agensi Berita Router yang memetik ucapan pegawai ASEAN, masih ada perbezaan antara sistem ekonomi dan kehakiman Myanmar dengan negara lain. Jika pembaharuan tidak dilaksanakan untuk sesuai dengan kelaziman antarabangsa, sumber alam dan tenaga kerja yang murah tidak pasti berfungsi sebagai faktor menarik pelaburan asing. Namun, ASEAN tetap bersedia berkongsi pengalaman dan menghulurkan bantuan kepada negara berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China