Cari:
Pindaan Undang-Undang Prosedur Kanun Jenayah Curi Tumpuan ASEAN
2012-03-11 15:51:15 CRI Cetak

Rang pindaan Undang-undang Prosedur Kanun Jenayah yang sedang dibahaskan dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) turut mendapat perhatian tokoh pelbagai kalangan negara ASEAN.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Kesenian Persembahan Kementerian Penerangan, Budaya dan Pelancongan Laos dalam temu bual bersama wartawan CRI berkata, pindaan itu selaras dengan tuntutan semasa di China. Ia juga mengikut fasa pembangunan negara ini.

Dalam kalangan peminat CRI juga, turut memberi respons mengenai pindaan itu. Dalam laman sesawang CRI, Sharsono dari Indonesia berkata, pindaan terhadap undang-undang tersebut dapat membantu membanteras kegiatan jenayah. Ini kerana pindaan itu mencakupi tindakan tegas termasuk merampas harta yang dimiliki penjenayah.

Usaha meminda undang-undang itu boleh dicontohi Indonesia bagi membendung pelbagai jenayah, termasuk rasuah. Kerugian kepada negara akibat gejala rasuah boleh dikurangkan apabila harta perasuah dirampas mengikut proses undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China