Malaysia mengharamkan jualan gula-gula jenis lolipop pendafluor yang dipercayai mengandungi sejenis bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan barah.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, hasil siasatan juga mendapati alamat kilang di Pulau Pinang yang dicetak pada label lolipop itu juga tidak wujud. Lolipop itu disyaki dihasilkan di luar negara.
Ujian sudah dilakukan dan maklumat mengenainya dimasukkan sistem Maklumat Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan untuk menghalang penjualan gula-gula itu di seluruh Malaysia.








