Timor Leste perlu bergantung kepada polis negara (PNTL) untuk mengekalkan kestabilan dalam negara semasa pilihan raya 2012 dan mandat Misi PBB di Timor Leste (UNMIT) akan berakhir selepas pilihan raya itu nanti.
Demikian dinyatakan oleh Wakil Khas Setiausaha Agung PBB Bagi Timor Leste, yang juga Ketua Misi Bersepadu PBB di Timor Leste, Ameerah Haq di Dili.
Pengundian pusingan pertama pilihan raya presiden Timor Leste pada 17 Mac lalu, berjalan lancar. Keadaan itu membuktikan bahawa operasi pengaman PBB boleh ditamatkan.








