Cari:
ASEAN Galakkan Pembaharuan Myanmar
2012-03-26 13:47:20 CRI Cetak
Sebagai bandar pesisir laut di selatan Myanmar, Dawei bakal menyambut pembangunan besar-besaran ekoran pelaburan Thailand sebanyak USD 8 bilion untuk tahap awal di bandar tersebut, termasuk pembinaan pelabuhan air dalam di zon ekonomi baru pada masa depan.

Projek Dawei adalah miniatur hubungan ASEAN-Myanmar. Ia menjadi unsur paling utama bagi mempengaruhi proses pembaharuan Myanmar kebelakangan ini. Setiausaha Agung ASEAN, Surin menyatakan, Myanmar dianggap segmen yang penting dalam mewujudkan pengintegrasian ekonomi dan perdagangan ASEAN menjelang tahun 2015.

Secara konkrit, terdapat tiga tunggak bagi matlamat tersebut, iaitu "integrasi politik dan keselamatan", "integrasi ekonomi" dan "integrasi sosiobudaya". Sama ada dapat menjadikan Myanmar sebagai anggota yang setara dengan anggota ASEAN yang lain atau tidak, amat penting dalam mencapai tujuan tersebut.

Oleh itu, pembaharuan Myanmar dimulakan pada tahun 2010 dengan latar belakang ini. Timbalan Menteri Luar Thailand menyatakan, ASEAN menghulurkan bantuan kepada Myanmar, bukan sahaja untuk mempertimbangkan kepentingan ekonomi, malahan juga untuk kepentingan politik ASEAN pada masa depan.

Berhubung itu, ASEAN memutuskan untuk menghantar satu delegasi pemerhati ke Myamar bagi memantau pilihan raya kecil parlimen di negara itu. Serentak itu, Myanmar juga mengundang perwakilan ASEAN, Amerika Syarikat dan China ke negara tersebut.

Meskipun menganggotai ASEAN secara rasmi pada tahun 1997, Myanmar tidak pernah dibenarkan menjadi negara pengerusi bergilir akibat tekanan Barat terhadap ASEAN. Walau bagaimanapun, ASEAN mengekalkan interaksi yang membina dengan Myanmar, tidak membiarkan atau memencilkan negara itu, sebaliknya menggalakkan pelaksanaan dasar pembaharuan di Myanmar.

Sekarang, ASEAN sedang membantu memulih kedudukan Myanmar di arena antarabangsa. Pada bulan November lalu, ASEAN memutuskan untuk membenarkan Myanmar menjadi pengerusi bergilir pada tahun 2014. Menteri Luar Indonesia, iaitu pengerusi bergilir sekarang, Marty M. Natalegawa menyatakan, tindakan ini bakal membantu meningkatkan keterbukaan Myanmar. Ada ulasan yang berbunyi bahawa, berikutan keputusan itu, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah barulah cepat menormalkan hubungan diplomatik dengan Myanmar serta meningkatkan bantuan kemanusiaan ke negara itu dalam enam bulan lalu.

Prestasi ASEAN dalam tempoh setahun lebih yang lalu telah mencerminkan usahanya dalam mengintegrasikan sumber dalaman dan meningkatkan penglibatan dan hak bersuara dalam menangani urusan antarabangsa dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China