Cari:
Indonesia Bertindak Kawal Defisit Belanjawan
2012-04-11 13:29:19 CRI Cetak

Dalam menghadapi tekanan subsidi minyak yang semakin membebankan dan ancaman inflasi yang tersembunyi, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan bahawa kerajaan bakal mengambil lima langkah bagi mengawal defisit belanjawan di bawah 3%. Di samping itu, beliau turut menggesa masyarakat agar menyokong kempen berhemat yang dilancarkan kerajaan.

Lima langkah kerajaan Indonesia tersebut adalah seperti berikut:

Pertama, terus melaksanakan harga minyak yang tidak berubah yang dipersetujui sebelum ini bagi memastikan pelaksanaan pindaan belanjawan negara;

Kedua, meningkatkan hasil cukai di samping menjamin pembangunan yang stabil dalam pelbagai industri utama, contohnya meningkatkan tarif eksport arang batu dan logam.

Ketiga, melancarkan kempen berhemat di seluruh negara bermula pada bulan Mei nanti. Agensi-agensi kerajaan telah pun banyak mengurangkan perbelanjaan pentadbiran.

Keempat, sebahagian agensi kerajaan akan mempercepat program promosi gas asli sebagai pengganti minyak bagi mengurangkan penggunaan minyak dalam sektor industri dan awam.

Dan kelima, memperbaiki dan menyempurnakan suasana pelaburan dalam bidang infrastruktur dan perundangan bagi mengundang lebih banyak suntikan kewangan.

Kerajaan Indonesia berharap langkah-langkah tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan beban akibat subsidi minyak, tetapi juga dapat mendinamikkan pembangunan ekonomi makro negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China