Cari:
Yang di-Pertuan Agong ke-14 Malaysia Selamat Ditabalkan
2012-04-12 11:45:00 CRI Cetak

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Malaysia, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.

Istiadat itu dimulakan dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat oleh Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak memberikan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kerajaan dan rakyat Malaysia.

Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, ketua-ketua negeri, diplomat-diplomat asing, dan ketua-ketua jabatan kerajaan menyaksikan upacara pertabalan itu.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berumur 84 tahun dan pernah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1970-1975. Baginda merupakan sultan pertama ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dua kali selepas Malaysia ditubuhkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China