1.China Terawal Menemui, Menamakan dan Mentadbir Pulau Huangyan
Pulau Huangyan pertama kali ditemui dan dilakar ke dalam peta China pada pada Dinasti Yuan (tahun 1271--1368). Pada tahun 1279, ahli astronomi China, Guo Shoujing dalam kerja-kerja pengukuran laut di seluruh China telah memilih pulau Huangyan sebagai titik di Laut China Selatan.
Pada tahun 1935, Jawatankuasa Pengesahan Peta yang terdiri daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pendidikan dan tentera laut mengisytiharkan kedaulatan terhadap 132 buah pulau, terumbu dan benting. Pulau Huangyan yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Zhongsha dimasukkan ke dalam wilayah China di bawah nama Benting Scarborough. Pada Oktober tahun 1947, kerajaan China mengeluarkan senarai nama Kepulauan Laut China Selatan yang menamakan semula Benting Scarborough sebagai Terumbu Demokratik. Pada tahun 1983, Lembaga Nama Geografi China mengeluarkan "Nama Geografi Beberapa Kepulauan Laut China Selatan" yang merasmikan penggunaan nama Huangyan sebagai nama standard bagi pulau itu, dan Terumbu Demokratik sebagai nama alternatifnya. Kesemua peta yang diterbitkan oleh kerajaan China dalam zaman yang berbeza menandakan pulau Huangyan sebagai wilayah China. Pulau tersebut turut di bawah pentadbiran provinsi Guangdong dan Hainan. Kedaulatan China ke atas pulau Huangyan telah diisytiharkan dalam semua pengumuman dan kenyataan kerajaan China berhubung Laut China Selatan. Semua ini berlaku lama sebelum Konvensyen PBB tentang Undang-Undang Laut (UNCLOS) berkuat-kuasa pada tahun 1994.
2.China Telah Lama Meneroka dan Membangun Pulau Huangyan
Pulau Huangyan dan perairan sekitarnya merupakan tempat tradisional nelayan China menangkap ikan. Sejak purbakala, nelayan China sering memancing di perairan pulau Huangyan. Selain itu, banyak aktiviti ekspedisi saintifik telah dianjurkan oleh Jabatan Statistik Negara, Jabatan Gempa Bumi Negara, dan Jabatan Oseanografi Negara di sekitar perairan tersebut dalam tempoh yang berbeza,
3. Beberapa Ulasan terhadap Tuntutan Filipina
Wilayah Filipina ditetapkan oleh satu rangkaian perjanjian antarabangsa, tiada satu pun yang melibatkan Pulau Huangyan. Menurut Perjanjian Paris (1898), Perjanjian Washington (1990) dan Perjanjian dengan Britain (1930), sempadan barat Filipina terletak di meridian longitud 118 darjah timur Greenwich. Pulau Huangyan ternyata di luar sempadan itu (15°08'-15°14'N 117°44'-117°48'E). Perlembagaan Republik Filipina (1935), Perjanjian Hubungan AS-Filipina (1947), Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina (1952), Akta Republik No. 3046 (1961) dan Akta Republik No. 5446 (1968) menegaskan sekali lagi kesan tiga perjanjian tersebut dari sisi undang-undang di samping mentakrifkan sekali lagi had wilayah dan garis dasar Filipina yang tidak termasuk pulau Huangyan. Peta Filipina yang diterbitkan pada tahun 1981 dan 1984 jelas menunjukkan bahawa pulau Huangyan terletak di luar wilayah negara tersebut. Fakta tersebut membuktikan sepenuhnya bahawa pulau Huangyan adalah di luar skop wilayah Filipina.
Sehingga tahun 1997, Filipina tidak pernah membantah kedaulatan China terhadap pulau Huangyan serta penerokaan dan pembangunan di pulau tersebut, malah telah berulang kali menyatakan bahawa pulau Huangyan di luar wilayah Filipina. Dalam surat kepada seorang peminat radio Jerman pada 5 Februari tahun 1994, Duta Besar Filipina ke Jerman, Bienvenido Tan menegaskan bahawa menurut Lembaga Pemetaan dan Sumber Maklumat Negara Filipina, pulau Huangyan tidak terletak dalam wilayah Filipina.
Dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh lembaga tersebut kepada Liga Radio Geganti Amerika pada 18 Oktober dan 18 Novermber 1994 juga mengesahkan bahawa had wilayah dan kedaulatan Filipina telah ditetapkan dalam Perenggan 3 Perjanjian Paris 1989, dan pulau Huangyan adalah di luar sempadan wilayah Filipina.








