Cari:
Pak Lah Menjadi Penasihat Pusat Pengajian Malaysia BFSU (Video)
2012-05-14 18:52:26 CRI Cetak








Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dalam rangka lawatannya di China hari ini melawat Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing (BFSU) untuk berkongsi maklumat berkaitan hubungan China-Malaysia dan masa depan hubungan China-ASEAN dengan mahasiswa China  yang mengambil kursus bahasa Melayu dan mahasiswa Malaysia yang belajar bahasa Mandarin di universiti tersebut.

Ini merupakan kali kedua Tun Abdullah melawat ke universiti ini. Beliau juga bersetuju menerima pelantikan sebagai penasihat Pusat Pengajian Malaysia BFSU.

Pusat Pengajian Malaysia BFSU yang ditubuhkan pada tahun 2005 bertujuan untuk menjalankan penyelidikan berkaitan politik, ekonomi dan budaya pelbagai negara yang menggunakan bahasa Melayu, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei serta hubungan mereka dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China