Cari:
Visa Tunggal ASEAN Menerajui Industri Pelancongan Serantau
2012-05-31 14:58:37 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Pengembaraan, Perdagangan dan Pelancongan diadakan di Bangkok pada 30 Mei lalu menjelang Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai Asia Timur. Sidang kemuncak itu fokus kepada tema utamanya iaitu "Membuka sempadan: menerajui pertumbuhan Asia melalui pengembaraan, perdagangan dan pelancongan."

Wakil-wakil daripada pertubuhan antarabangsa, pegawai kerajaan serta tokoh-tokoh sektor korporat yang menghadiri sidang kemuncak itu sepakat berpendapat bahawa intergrasi ASEAN merupakan wawasan bersama negara serantau, namun ia tetap menghadapi cabaran akibat jurang perbezaan pembangunan yang agak besar antara negara-negara anggotanya. Dalam konteks ini, keseimbangan dan kesalinghubungan antara satu faktor penting bagi memastikan semua negara ASEAN dapat memperoleh manfaat daripada proses integrasi. Ini akan turut mendorong pembangunan syarikat kecil dan serderhana serta industri pelancongan serantau.

Menurut statistik, industri pelancongan menyumbang sebanyak 4.6% kepada jumlah Keluaran Negara Kasar(KDNK) di negara-negara ASEAN, di samping menawarkan 9.3 juta peluang pekerjaan, iaitu 3.2% daripada jumlah pekerjaan di seluruh rantau ini.

Laporan Daya Saing Industri Pelancongan ASEAN 2012 yang dikemukakan dalam sidang kemuncak itu menunjukkan, Singapura, Malaysia dan Thailand menduduki tempat teratas dalam pembangunan industri pelancongan di rantau ini.

Menurut para peserta, sektor pelancongan boleh merangsang pertumbuhan ekonomi serantau di samping menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan. Menurut anggaran, satu pekerjaan baharu akan lahir dengan setiap 36 orang pelancong yang datang. Walau bagaimanapun, proses visa yang rumit menjadi halangan kepada pembangunan industri pelancongan di ASEAN.

Setiausaha Agung Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), Supachai Panitchpakdi menyarankan perkongsian maklumat dan data keselamatan antara negara-negara ASEAN, supaya pelancong tidak perlu melalui pemeriksaan kastam lagi setelah dibenarkan masuk ke sesebuah negara serantau yang lain. Di samping itu, tempoh lawatan yang dibenarkan juga perlu diselaraskan antara pelbagai negara ASEAN, dan sebuah piawaian tunggal perlu dilaksanakan dalam perdagangan, modal dan sumber manusia bagi mencapai sasaran Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang 2015.

Dalam pada itu, pelaksanaan visa tunggal dianggap amat membantu meneraju perkembangan industri pelancongan serantau. Menurut Supachai Panitchpakdi, sekiranya diberi visa tunggal ASEAN, pelancong dari rantau lain mungkin akan tertarik untuk menjejakkan kaki ke beberapa negara ASEAN dalam satu lawatan yang sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China