Cari:
Kerjasama Pragmatik ASEAN Lebih Penting daripada Isu Laut China Selatan
2012-07-19 15:25:50 CRI Cetak

Dalam Sidang Menteri Luar Forum ASEAN yang diadakan di Kemboja minggu lepas, ASEAN buat pertama kali dalam tempoh 45 tahun tidak mengeluarkan kenyataan bersama. Baru-baru ini, media Barat menyifatkannya sebagai "kegagalan" ASEAN dan sengaja menyebarkan khabar angin bahawa pertubuhan tersebut sedang berpecah belah. Walau bagaimanapun, media Asia Tenggara membidas laporan tersebut dengan menekankan kerjasama ASEAN dengan China.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yodhoyono berkata, beliau tidak bersetuju bahawa ASEAN tidak lagi bersatu padu, malah sedang berpecah belah. Menurutnya, ASEAN kekal kukuh dan harmoni. Meskipun masalah dalaman masih wujud, ASEAN tidak pernah berputus asa mencari penyelesaian.

Menurut ulasan akhbar Thailand, Filipina berpegang teguh pada pendiriannya, bahkan meningkatkan kerjasama pertahanan dengan A.S. sehingga menimbulkan kemarahan negara anggota lain. Bangkok Post menyatakan, keadaan tersebut tidak patut dibenarkan, namun ASEAN ingin terus memegang prinsipnya untuk "tidak campur tangan". Semua pihak terbabit diseru supaya mengetepikan pemikiran Perang Dingin dan meningkatkan perpaduan dan kerjasama bagi menangani pertikaian di Laut China Selatan.

Tambah Bangkok Post lagi, Thailand yang bakal menjadi negara penyelaras Dialog ASEAN-China pada 25 Julai ini perlu membenarkan semua pihak terbabit meredakan kemarahan. Negara itu mungkin cenderung untuk membenarkan pihak-pihak terlibat untuk menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan secara bilateral, selaras dengan pendirian China.

Pengarah Institut Asia dan Globalisasi, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) Huang Jing menyatakan, sekiranya ASEAN cuba memaksa negara anggotanya menyatukan pendapat masing-masing tentang isu Laut China Selatan, krisis yang lebih besar mungkin tercetus, bahkan ASEAN sendiri mungkin berpecah belah, dan akhirnya kehilangan kedudukan sehingga menjadi alat untuk dipergunakan pihak lain. Ini ternyata tidak konsisten dengan kepentingan asas negara-negara ASEAN.

Beberapa media ASEAN berpendapat, hal ini mencerminkan keadaan semasa "permainan catur" antara dua buah gergasi, iaitu A.S. dan China. Apa yang membimbangkan, anggota ASEAN mungkin terpaksa menyebelahi satu pihak.

Kata Huang Jing, tidak semua negara ASEAN mempunyai pertikaian wilayah dengan China. Anggota-anggota yang menuntut kedaulatan pun berpegang pada pendirian yang berbeza-beza dan bercanggah sesama sendiri. Seiring dengan pembangunan pesat, China semakin menjadi pusat ekonomi serantau, dan peranannya sebagai "enjin" tidak dapat dinafikan. Pembangunan ekonomi jangka panjang ASEAN, termasuk Filipina dan Vietnam berkait rapat dengan China. Walau bagaimanapun, seiring dengan A.S. bergembar-gembur mewarkan penglibatannya dalam hal ehwal Asia Pasifik, sebahagian negara telah membuat kesilapan dalam menilai situasi semasa. Ini memberi kesan negatif kepada hubungan ASEAN-China, malah hubungan ASEAN-A.S. dan hubungan China-A.S..

ASEAN enggan menggalakkan beberapa negara mencabar kesabaran China berhubung isu berkenaan. Dari segi ini, sidang kali ini amat tepat dan rasional, dan pasti akan berjaya kerana ia membuktikan bahawa ASEAN kekal tenang. Sekalipun gagal mencapai pendirian yang sama, namun ASEAN sekurang-kurangnya tidak terus memburukkan situasi. Ini tandanya ASEAN semakin matang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China