Cari:
Chong Wei Terima Ganjaran RM500,000
2012-08-13 10:57:33 CRI Cetak

Jaguh badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei menerima ganjaran RM500,000 atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton Sukan Olimpik London 2012.

Ganjaran itu disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan Chong Wei di Seri Perdana semalam.

Ganjaran itu meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan.

Dalam ucapan ringkasnya, Dato' Seri Najib mengucapkan tahniah atas kejayaan jaguh badminton negara itu meraih pingat perak dan yakin kejayaan itu akan menguatkan azam Chong Wei untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di Olimpik 2016.

Sementara itu, Chong Wei berkata beliau akan mempertimbangkan hasrat Perdana Menteri untuk melihat beliau kembali merebut pingat emas pada temasya Olimpik Rio de Janeiro 2016, di Brazil.

Chong Wei berharap sokongan tersebut akan menyuntik semangat untuk beliau meneruskan aksi di sukan Olimpik akan datang, sebagaimana yang dihasratkan Perdana Menteri. (sumber berita:Utusan)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China