Cari:
Najib Ucap Tahniah kepada Pandelela
2012-08-13 14:24:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Pandelela Rinong Pamg dari Negeri Sarawak yang juga pembawa bendera kontinjen Malaysia kerana berjaya meraih pingat gangsa dalam acara terjun individu 10 meter platform wanita dalam Sukan Olimpik London. Beliau merupakan atlet wanita pertama yang meraih pingat Sukan Olimpik dalam sejarah Malaysia.

Najib yakin Pandelela mampu mencapai prestasi yang lebih cemerlang pada masa depan.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kerajaan negerinya akan memberi hadiah kepada Pandelela. Beliau berharap kejayaan Pandelela dalam Sukan Olimpik London dapat membangkitkan semangat atlet lain negara itu.

Pada 10 Ogos lepas, sebuah pusat sukan swasta di Sarawak telah mengumumkan ganjaran sebanyak RM30,000 kepada Pandelela. Difahamkan, banyak syarikat swasta juga mahu memberi ganjaran kepada beliau sebagai tanda penghargaan atas sumbangannya kepada Negeri Sarawak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China