Cari:
Padi Hibrid China di Rantau Asia Tenggara
2012-08-21 14:32:59 CRI Cetak

Teknologi penanaman padi hibrid yang dikuasai China memainkan peranan yang amat penting dalam menjamin keselamatan bahan makanan di negara ini. Beras yang dihasilkan berdasarkan teknologi itu digelar sebagai "Beras Super China" atau "Beras Ajaib Timur".

Pada tahun 2006, padi hibrid "Luoyou-8" yang ditanam secara perintis di Vietnam membuahkan hasil sebanyak 8.4 tan sehektar, iaitu hampir satu tan melebihi tuaian tempatan sebelumnya. Pada tahun 2009, benih padi hibrid "Luoyou-8" menduduki tempat pertama dalam penjualan, keluasan penanaman dan juga kualiti keseluruhannya, bahkan mendapat anugerah Pingat Emas Keselamatan Bahan Makanan oleh Kementerian Pertanian Vietnam. Selain itu, penanaman padi hibrid jenis itu di beberapa negara Asia Tenggara yang lain, termasuk Indonesia, Malaysia, Laos dan Myanmar juga amat berhasil.

Pada bulan Februari lalu, padi hibrid China yang ditanam di Indonesia mengeluarkan hasil 9.76 tan sehektar. Angka ini jauh lebih tinggi daripada kadar tuaian padi tempatan.

Penanaman padi hibrid China telah meliputi lebih 3 juta hektar di seluruh dunia pada tahun 2010 dan meningkat kepada 4 juta hektar pada tahun 2011. Negara-negara Asia Tenggara antara kawasan utama penanaman padi hibrid China di seberang laut. Selain kadar tuaian yang lebih tinggi, padi hibrid China juga mempunyai pelbagai kelebihan yang lain termasuk mampu menahan suhu yang tinggi, tahan serangga perosak dan tidak memerlukan baja yang banyak.

Penanaman padi hibrid China di rantau Asia Tenggara bukan sahaja menerajui kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN, tetapi juga membuahkan hubungan persahabatan yang lebih erat dan saling mempercayai antara kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China