Cari:
Prof. Dr. Awang Kukuhkan Kerjasama Antara CRI dengan DBP
2012-08-29 17:51:57 CRI Cetak

Perkambangan terbaru di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) amat menggembirakan apabila Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) bersetuju meningkatkan kerjasama dengan CRI. Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah DBP, Prof. Dr. Awang  Sariyan dalam lawatan beliau ke CRI pagi tadi.

Dalam lawatan tersebut, beliau diberi taklimat tentang perkembangan CRI dan kerja-kerja Bahagian Bahasa Melayu oleh Ketua Bahagian Bahasa Melayu, Zhang Wenwen. Zhang memaklumkan bahawa Bahagian Bahasa Melayu telah menerbitkan majalah "Kembara Sutera" yang diedarkan di Malaysia dan program "Kembara Muslim 2012" yang akan diadakan pada bulan depan.

Prof. Dr. Awang menyatakan, perkembangan BBM membuka peluang kepada kerjasama antara DBP dengan CRI. DBP bersedia membantu CRI menerbitkan rencana-rencana pelancongan dan budaya sedia ada dalam laman web BBM bagi manfaat para pelancong Malaysia khususnya yang mahu melancong ke China.

Beliau turut mencadangkan agar tempoh sangkutan pegawai CRI ke DBP yang dilaksanakan satu minggu setiap tahun dilanjutkan kepada dua minggu. Ini membolehkan pegawai berkenaan menimba lebih pengalaman, khususnya dalam aspek penyuntingan.

Agenda lawatan Prof. Dr. Awang seterusnya adalah menandatangani MOU bahasa dan persuratan antara DBP dengan Universiti Guangxi dan menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Beijing.

Lawatan Prof. Dr. Awang yang pertama sejak menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah DBP ini akan memantapkan kerjasama kedua-dua agensi sejak MOU ditandatangani pada tahun 1997. Hubungan erat beliau dengan para pegawai BBM bermula sejak beliau menjadi Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU) pada tahun 2008 hingga 2011.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China