Kumpulan Pendidikan provinsi Bangka Tengah Indonesia telah memeterai " Perjanjian Kerjasama Persahabatan" dengan Sekolah Perantau China Guangxi, di Nanning China semalam. Kedua-dua pihak bersetuju membentuk mekanisme pertukaran pelajar, bekerjasama melatih pensyarah bahasa Mandarin dan mengadakan perkhemahan musim bunga dan musim panas.
Ketua kumpulan Indonesia itu berkata, hubungan erat antara China dengan Indonesia menggalakkan ramai warga China melabur ke Indonesia, tetapi isu bahasa menjadi penghalang kepada pembangunan pertukaran kedua-dua pihak. Kerjasama persahabatan antara provinsi Bangka Tengah ,Indonesia dengan Sekolah Perantau China Guangxi ini diharap membolehkan lebih ramai pelajar Indonesia mampu menguasai bahasa Mandarin dan memahami keadaan di China.