Cari:
Wen Jiabao Berunding dengan Lee Hsien Loong
2012-09-07 10:59:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Beijing semalam.
Wen Jiabao berkata, China berharap Singapura terus memainkan peranan penting untuk meningkatkan perpaduan antara China dengan negara ASEAN, dan menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan, bagi mengekalkan kejayaan bersama.


Lee Hsien Loong berkata, Singapura bersedia meningkatkan persefahaman antara satu sama lain dan merapatkan kerjasama baharu dengan China, meningkatkan persahabatan rakyat kedua-dua negara bagi mengeratkan hubungan antara Singapura dengan China.


Selepas rundingan itu, kedua-dua pemimpin tersebut menghadiri upacara penandatanganan dokumen kerjasama dua hala yang berkenaan.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China