Syarikat Beer Laos Berhad akan menjadi penaja Ekspo China-ASEAN ke-9. Ini merupakan kali pertama syarikat dari Laos menjadi penaja ekspo berkenaan.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Jabatan Promosi Perdagangan dan Produk Kementerian Perindustrian dan Predagangan Laos, Somvang Ninthavong baru-baru ini.
Syarikat Laos berjaya memasuki pasaran China melalui ekspo itu. Ekspo yang diadakan setiap tahun ini menjadi wadah yang baik untuk Laos mempamerkan produk negara itu khususnya produk kayu, hasil kraf tangan, bahan makanan dan barang-barang kemas.








