Cari:
China, Singapura Adakan Dialog Polisi Pertahanan Ke-4
2012-09-12 11:48:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Dialog Polisi Pertahanan China-Singapura ke-4 berlangsung di Singapura semalam, dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Turus Am Tentera Pembebasan Rakyat China, Ma Xiaotian dan Setiausaha Tetap Pertahanan Singapura, Chiang Chie Foo.

Kedua-dua pihak berbincang secara terbuka mengenai hubungan tentera kedua-dua negara, situasi keselamatan serantau serta isu-isu lain yang mempunyai kepentingan bersama.

Kedua-dua pihak bersependapat bahawa usaha memperkukuh kerjasama antara tentera kedua-dua negara amat penting bagi perkembangan sihat hubungan bilateral, serta keamanan dan kestabilan serantau.

Mereka berharap untuk memperkasakan kerjasama dalam aspek latihan kakitangan, pertukaran profesional dan latihan bersama serta program pertukaran pegawai muda, di samping mengukuhkan penyelarasan dalam isu keselamatan serantau bagi menggalakkan perkembangan berterusan hubungan bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China