Cari:
China dan Myanmar Giat Tingkatkan Kerjasama Saling Menguntungkan
2012-09-14 13:57:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan Myanmar patut menumpukan perhatian terhadap persahabatan antara jiran yang baik, bertindak positif untuk merapatkan kerjasama yang saling menguntungkan, dan memastikan projek saluran paip minyak dan gas asli dibangunkan dengan lancar agar kerjasama ekonomi dan perdagangan syarikat kedua-dua negara lebih erat. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Wu Bangguo dalam rundingan dengan Speaker Dewan Rakyat Myanmar, Thura Shwe Mann di Nay Pyi Daw, ibu negara Myanmar semalam.

Wu Bangguo berkata, China bersedia meningkatkan kerjasama pengurusan kawasan sempadan dengan Myanmar untuk memelihara keamanan di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Thura Shwe Mann berkata, Parti Perpaduan dan Pembangunan Persekutuan (USDP) Myanmar teruja untuk meningkatkan pertukaran persahabatan dengan Parti Komunis China, serta menimba pengalaman berkaitan pentadbiran negara dan parti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China