Pelaburan syarikat China dalam projek loji janakuasa hidroelektrik dan grid elektrik di Kemboja memberi manfaat kepada pembangunan sumber tenaga dan pertumbuhan sosioekoomi di negara itu. Demikian dinyatakan oleh Menteri Industri, Perlombongan dan Sumber Tenaga Kemboja, Suy Sem semalam.
Ketika bertemu dengan Naib Ketua Pengarah Pentadbiran Tenaga Negara China, Wu Yin yang menghadiri mesyuarat menteri-menteri ASEAN mengenai tenaga di Kemboja semalam.
Suy Sem berkata, syarikat China telah melabur dalam enam projek loji janakuasa hidroelektrik di Kemboja, termasuk tiga yang telah selesai dibangunkan, manakala tiga projek yang lain dalam proses pembinaan. Selain itu, syarikat China juga melabur kepada projek grid elektrik yang berhubung dengan jaringan kuasa elektrik di banyak kawasan di Kemboja.
Wu Yin turut memuji rancangan pembangunan tenaga elektrik di Kemboja. China akan mengekalkan bantuan terhadap pembangunan tersebut.








