Cari:
Wu Bangguo Bertemu dengan U Myint Swe
2012-09-15 15:02:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo bertemu dengan Ketua Eksekutif Provinsi Yangon Myanmar, U Myint Swe di Yangon semalam.

Wu menegaskan, kerjasama tempatan merupakan komponen penting hubungan rakan kerjasama strategik menyeluruh China-Myanmar. Sebagai bandar terbesar dan pusat ekonomi Myanmar, Yangon memainkan peranan utama untuk mendorong kerjasama bilateral yang pragmatik. China berharap pihak Yangon mengoptimumkan kelebihan sendiri untuk terus meningkatkan pertukaran persahabatan dan kerjasama dengan provinsi-provinsi China dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kebudayaan, pelancongan dan pendidikan, serta menarik lebih banyak syarikat China yang berkeupayaan untuk melabur ke Myanmar.

U Myint Swe pula menyatakan, pihaknya akan terus memantapkan kerjasama yang pragmatik dengan kerajaan tempatan China berkenaan, dan giat menyediakan syarat dan memperbaiki kemudahan prasarana bagi syarikat China melabur ke Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China